Sunday, February 27, 2011

.......


Indah sungguh hari inipenuh cinta dari hakikiindah sungguh hari iniinsan terpilih untuk dihargaiindah sungguh ya ukhtilembut bicara penuh diplomasimengajak sahabat menitimeniti jalan duniawi dengan penuh diredhaimenuju syrga yang kekal abadiindah sungguh hari inidapat bermuhasabah dirimengajar erti mensyukuri nikmat yang diberiindah sungguh hari ini dengarkan kicauan burung bertasbih kepada yang Kuasasemut-semut yang tak mengenal lelahrumput yang cuba bernafas selepas dipijak manusia..tak mengenal erti putus asa

ria_izan

Wednesday, February 23, 2011

Kelembutan VS Kelemahan




ADAM&HAWA
Kelembutan VS Kelemahan
Dalam diam tersimpan seribu erti..
dalam kelembutan tersimpan sejuta kemahuan..
dalam solehah tersimpan sedikit kenakalan..
Dia..
yang membawa Adam ke Syurga..
Dia juga bisa mengheret Adam ke Neraka..
..kerana Imanya tak setanding Adam..
jua kerana akalnya tak sebijakAdam..
maka Engkaulah yang akan dipersalahkan..
atas setiap kerosakan yang berlaku pada Adam..
padahal bukankah Hawa yang perlu dibimbing?
Untuk Adam..
dengarlah rintihan kami..
bimbinglah kami..kerana bila kami sayangimu..
segala tutur katamu
akan kami ikuti..
bicaralah pada Wanita diluar sana..
yang kamu sayangi..
suruhlah mereka ikuti ajaran agama..
pasti Wanita akan turuti..

RiA SmS

catatan semula
IzaRia

PeLaYaRaN KaMi




Kita belayar
dengan Iman dan keyakinan
kerana hidup adalah hukuman
diatas lautan..

Kita tempuhi ombak kepalang
dan radang angin songsang
dalam hujan
ketika merentasi lautan
yang sesekali menganas

serta bergelombang
dalam mencari unsur dan nilai pengabaian

Alangkah luas samudera Tuhan
seluas langit malam
kita pun belayar
dalam erti kehilangan
seperti seekor ikan

sebenarnya pelayaran ini
telah diawasi oleh seorang Nabi
dengan kebenaran biru
ombak pagi
bagai pernah menyilangi pelangi
memutih persisiran laut mati
pun malam jua menciptakan
cinta syahdu dilaut terbentang

kami berdoa pada Tuhan
segenap kejujuran kami
agar bahtera kami
agar pelayaran kami
agar mimipi mimpi kami
akan selamat
menemui destinasi .


Catatan Semula by..
Iza-Ria

Monday, February 21, 2011

bilakah damai...

Mentari menangis di senja memerah
Bumi anbia menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Asap senjata dan hanyir darah menyesak dada

Tubuh-tubuh layu gugur bergelimpangan
Bertindih dalam kubur tanpa bernisan
Di hujung sana ramai yang kelaparan
Di dera wabak yang menyiksakan

Anak kecil bertanya bimbang
Wajahnya mencerminkan kedukaan
Mengapa lena ibu terlalu panjang?
Bilakah pula ayah akan pulang?

Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa pembantaian
Suara tangis menjadi syair sendu
Menyayat dan menyiat perasaan

Bilakan berhenti kekejaman?
Bilakan terhapus penindasan?
Kemana hilangnya kemanusiaan?
Bilakan damai akan menjelang?

Entah bila akan pulih keharmonian?
Sampai bila bersilih penderitaan?
Bila pula akan muncul ketenangan?
Soalan yang masih tiada jawapan

bilakah damai itu kan kita rasai...adakah ini tandanya damai itu takkan kita rasai seperti mana kita pernah rasai sebelum ini...

ria_izan

Wednesday, February 9, 2011

SeKaDaR ReNuNgAn


''Life is not about finding in your self..
life is about creating in your self..''

''Kemuliaan dalaman seseorang
boleh nampak melalui luaran ..
akan tetapi kecantikan kecantikan luaran..
bukanlah jaminan kemuliaan seseorang ''

''Muzik dan cinta adalah dua perkataan berbeza..
Tetapi banyak persamaan..
keduanya menyambut kita
dengan tawa dan air mata
keduanya juga membuat kita sedar dan alpa..

keduanya turut memberi kita
samada untuk menyingkir atau menerima..''

''kebahagiaan bukan terletak ditangan oranglain..
tetapi ditangan kita sendiri..
kerana di dalam dirimu itu..
ada pelita yang harus kau nyalakan
untuk menyinari kegelapan
hati dan alam sekelilingmu..''


''Jadilah kamu seorang sahabat yang baik..
kerana ia adalah seperti kaca yang jernih dan bercahaya..
untuk dimiliki oleh para sahabatmu..
agar menjadi ikutan atau sebagai Idola mereka..''

''Semoga arus rindu di pantai rasa..
gelombang kasih ditasik hati..
aliran cinta dilubuk jiwa..
tautan sayang di muara minda..
akan terus berkekalan terhadap DIA Yang ESA..
moga anda antara insan insan yang terus mengerti..
bahawa cinta ALLAH adalah cinta yang sejati..
dengan harapan.. hari hari yang dilalui..
penuh Bahagia..

Jika sebelum ini kita punyai seseorang sebagai idola sendiri..
sekarang tukarkan agar kita
menjadi idola atau role model buat mereka

wasalam..


IzARiA
Paduan 2Minda

Mutiara kata untuk Renungan bersama


Dan andainya ada orang jatuh hati pada mu
dan kamu tidak mahu memberi sebarang komitmen..maka
lafazkanlah kata kata ini..


Jika kamu cinta diriku..

Cintaku hanya untuk Allah..

Jika kamu rindu diriku

Rinduku hanya untuk Rassulullah..

Jika kamu menyanyangi diriku..

sayangku hanya untuk Ibu dan Ayah..

Jika kau fikir aku milik mu..

Biar aku fikir dulu..

kerana aku hanya mampu berserah..

jika kau masih menungguku..

aku kan berkata..

Ketentuan dan takdir yang mampu mengubah..

Jangan kau lekas pasrah..

Mudah mudahan ianya..Insyaallah..

''Teruskan melangkah selagi mampu berjalan..
jangan berhenti selagi belum sampai ke destinasinya..
dan apabila sampai..
janganlah lupa menoleh ke belakang..
kerana setiap langkah yang ditingalkan..
pasti ada ceritanya..''

IzaRia..
Paduan 2Duaminda..