Sunday, June 12, 2011

sms..mr izan




Pada satu hari yang di tetapkan nanti…
Kita akn ditunangkan,
Perkahwinan sejak azali,
akad nikahnya berwalikan sakit dan nazak…
bersaksikan esak dan tangisan,
hantarannya doa dan selimut putih…
pengantin di mandikan dan diarak sepanjang kampong, serta jalan berkompangkan azan daniqamah…
tepung tawarnya taburan bunga dan air mawar…
pelaminnya berdindingkan tanah dan nisan-nisan…
malam pertama bertemankan
janji menuntut perkahwinan MAUT….
Renung-renungkanlah…wallahhuaklam amin…
Andai engkau ketawa,
Biarlah aku menjadi antara orang terakhir memberi senyuman manis untukmu…
Tetapi andai engkau menangis biarlah aku yang pertama berkongsi cerita sedih bersamamu….
Kerana teman ketawa senang dicari….
Teman menangis sukar ditemui…
Andai kau berduka,
Sudikanlah aku merawatmu seketika,
Tetapi andai kau bahagia biarkan orang lain berkongsi bahagia bersamamu selamanya,
Kerana sahabat kurela berkongsi cerita derita..
Hanya menumpang gembira dalam cerita ketawa,
Sekadar ingin melihat kau berjaya,
Dan izinknlah aku titiskan air mata setelah melihat kau berjaya…
Teman…persahabatan kita ibarat tangan dan mata…
Kau adlah tangan ku adlah mata….
Saat tangan sakit,mata akan akan menangis….
Saat mata menangis,tangan akan menghapuskan air matamu…
izaria...