Thursday, January 27, 2011

salam perindu...


jalan-jalan...
kasih...
sayang...
perlu penghargaan...
bukan luahan semata...
keikhlasan ibarat semut hitam yang berjalan atas batu hitam dalam pekat malam..
tak dapat dilihat...
tak mengharap apa-apa...'
hanya untuk memberi yang terbaik...
andai dibiar sepi..
diri redha...
dialah wira yang tak didendangkan...

Iza Ria

Friday, January 14, 2011

PeRiHaL CiNtA


CINTA..?
Apakah definasi CINTA?
CINTA berasal dari dua Perkara
adanya CINTA dari ALLAH..
akan membawa ke Syurga
adanya CINTA daripada nafsu hancurlah kita
tercampaklah ke neraka..
ramai orang bersaing untuk merebut CINTA
CINTA merupakan kehidupan..
apabila CINTA itu hilang..
dari jiwa seseorang..
maka dia bagaikan hidup dalam kematian..
CINTA merupakan cahaya..
apabila CINTA itu hilang..
dari hati seseorang..
maka ia bagaikan berada didalam laut kegelapan..
CINTA itu merupakan ubt penawar..
apabila CINTA itu tidak ada
dari dalam diri seseorang
maka hatinya itu akan ditimpa pelbagai penyakit
CINTA juga merupakan nikmat..
bagi seseorang yang tidak mendapatkanya..
maka seseorang itu akan dipenuhi
dengan kegelisahan penderitaan
Saya merayu kepada semua..
yang sedang dilamun CINTA tidak salah..
tapi sandarkan SMS kita
sandarkan bicara CINTA kita..
sandarkan kepada ALLAH s.a.w..

''ku petik bintang dilangit..
ku persembahkan kepada kekasih ku..
sebagai bukti CINTA sejati..
ku selami lautan samudra..
untuk mencari sebutir mutiara..
kupersembahkan kepada dia..
yang telah lama ku puja..
Ku pohon pada ILAHI..
jangan dipisahkan aku dan dia..
biar ikatan suci ini kekal hingga ke Firdausi
kerana dia ..aku teramat bahagia..
..Menemuimu satu keajaiban..
Menyanyangimu satu keindahan..
Menyintaimu satu kepastian..
yang tak perlu kau gusarkan..
Syukur pada Ra'bul I'zati..
kerana menemukan dua hati
yang saling mengasihi..
Moga tautan erat
membuahkan roh kebahagiaan
yang kekal abadi..''

CINTA beginilah yang ingin
semaikan bersama sama..
..Bila CINTA terbayang bayang..
kalau tak jumpa rasa tersiksa..
DIAlah pengasih DIAlah penyayang
sayangi DIA kerana DIA maha berkuasa..

perkongsian bersama
MYMindas7Ocean

Perihal Cinta By
Izaria
inspirasi from Hajjah Ba'iah
Hal ehwal Islam

Thursday, January 13, 2011

SaAt AkU MeNgInGaTi Mu



Aku mengenali mu
atas satu kebetulan

Aku menyukai mu
atas satu kebaikan

Aku merindui mu
atas satu keakraban

Aku memotivasi diri mu
atas satu keinginan

Aku mengagumi mu
atas satu keunikan

Aku menghormati mu
atas satu perhubungan

Aku memahami mu
atas satu persahabatan

Aku menyayangi mu
atas satu keindahan
yang kau pamerkan buat diri ku
Terima kasih teman kerana sudi
singgah dan bermukim dihati

kan ku simpul 1001 kenangan dalam 1 diari kehidupan
salam

IzARiA
paduan 2duaminda



Wednesday, January 12, 2011

LaKaRaN PoTrEt iMpIAn





Bertintakan pancaran minda..
ku taburi warna warna pena..
dihamparan kanvas jiwa..
sebagai lakaran Potret istimewa..
lambang peribadi angun berhati mulia..
untuk ku biaskan di segenap ruang mata..
agar turun di persada jiwa..
berpadu menjadi satu ikatan asmara..

Beralis lentik memukau pesona
bibir merkah memanah asmara
berdandan budi bersulam bahasa
menyolek hati berhias takwa
membias senyuman memikat sukma
aduhai si gadis utara

berwajah ayu berselendang indah
busana sopan gaya muslimah
lenggang lenggok adunan terindah
tertib bicara ramah tamah
hayunan cepat kaki melangkah
bikin hati menjadi resah
aduhai si gadis kedah..

menyemai iman menuai takwa
memintal akidah mengalun kalimah
menganyam syukur menyimpul rheda
meracik kasih menyanjung Yang ESA
menyimpang sesat jelingan dunia
mendamba sahsiah lambaian muslimah
bersangol budi berselendang mulia
itulah si gadis kedah

berantai rindu pada yang menunggu
berloket kasih pada yang terpilih
bercincin sayang bertahtakan cinta
pada DIA yang mencipta
itulah si gadis desa

merisik sakinah mengintai mahabbah
mengulit mawaddah menobat mazmudah
meminggir hasad menyingkir mazmumah
mensyukur nikmat menyantap rohaniah
menjernih jiwa melafaz syahadah
itulah sigadis kedah

melafaz zikir disejadah terbentang
mengalun rindu membukti kasih sayang
menadah tangan selama berpeluang
memohon mutiara iman yang kurang
memasti hati tidak akan kontang
mengisi jiwa tandus menjadi tenang
itulah si gadis Kuala Nerang

Ku lakarkan Potret muslimah
seorang yang bermaruah

di kanvas hati


ku sulam ia peribadi anggun
sebagai muslimah sejati
anugerah Ilahi

ku bingkai ia disanubari
ku hias renda renda warna
pelengkap peribadi murni

ku tempatkan ia
di istana hati
seorang maknusiawi


ku hias ia manik manik doa
agar sekeping potret
yang tersimpan di hati
agar menyinar
pada yang sudi
dan terus melamar
untuk hiasan di sudut hati
menjadi milikan yang abadi
pada sebuah jalinan hati
yang suci murni

Demikianlah ku lakarkan
sebuah potret lakaran impian
tanpa pena
untuk ku pamerkan di kamar hati

sebagai penyeri
kehidupan pada insan
yang bernama muslimin sejati

Ku ciptakan potret muslimah
bermaruah sebagai hadiah teristimewa
sempena menyambut ulang tahun kelahiran mu
moga hari terindah mencatat sejarah
hari kegemilangan mu nanti

Selamat menyambut hari kelahiran mu
miss sabariah moga umur mu dihabiskan dengan

perkara yang berfaedah
moga rezeki mu menjadi murah
moga iman mu akan sentiasa bertambah

moga keikhlasan mu kan menjaga maruah
moga diri mu akan menjadi gah
moga kesulitan mu kan menjadi mudah

simpankan potret impian ini
untuk menjadi sejarah

sebagai permulaan detik hidup yang terindah

Happy Birthday Ria..

salam terindah
By IzARia
yang kau panggil AbAh..
13-01-2011



Bicara Saat Teman Menyepi

Tuesday, January 11, 2011

BICARA SAAT TEMAN MENYEPI

Teman
aku bertanya pada diri..
tentang apa yang terjadi
mungkin takdir Ilahi
tidak mengizini..dari kita terus bergini
Teman
aku kerap bertanya pada diri
saban hari..
kenapa ini terjadi..
dalam masa yang sama
tak rela sahabat sejati membawa diri
dan terus menyepi..
Teman hari ini aku bertanya lagi..
tentang sahabat kecewa hati
setelah 1 tragedi
mungkin kah kan terus melupai..
seseorang
yang sentiasa menemani..
yang sentiasa menasihati
yang sentiasa memotivasi
yang sering kali mendoakan diri
yang sering kali menghiburkan hati
yang sering merindui
keakraban sebuah persahabatan sejati..
Teman
dalam leka santai diri
aku bertanya pada diri
tentang jawapan yang aku fikiri..
aku teringat pada hari hari
yang aku lewati sebelum ini
seakan serupa dengan nasib ku kini..
bahwa yang bertandang sekadar untuk menguji
tiba masa harus berangkat pergi
yang tingal hanya kita yang harus memikiri
tentang apa yang telah dialami
sebagai pelajaran mematangkan diri
dalam melayari kehidupan penghujung yang tak pasti
patah tumbuh hilang berganti
yang buruk ditangisi seharus dihindari
yang baik direstui serta dinikmati
inilah lumrah kehidupan pentas duniawi
Teman
kini telah aku mendapat jawapan pada diri
bahawa takdir Tuhan tidak mengizini
dari kita terus berinteraksi
kerana akan melukai sebuah hati
yang mungkin tak pernah mengerti
untuk apa jalinan persahabatn sejati
sedangkan dia telah ku miliki
dengan penyatuan dua hati
Teman
kini dirimu terus menyepi
tanpa alasan yang pasti
lantaran membuat aku sangsi
danberterusan memikiri
mungkin jua kau telah mengundur diri
demi untuk sebuah hubungan suami isteri
yang harus dijagai
yang harus dibajai
bagi menghindari sebuah persepsi
jua fitnah dari terjadi
aku fahami pengorbanan mu ini
untuk menjaga antara dua hati
yang telah lama bersemi
walaupun antara kita selama ini
bagaikan keluarga sendiri
Teman
walau dirimu kehilangan kini
namun dihati tidak sesekali
segala kebaikan ku simpul mati
segala kenakalan ku senyum sendiri
segala senyuman ku simpan rapi
segala kenangan ku rindu pasti
segala tawamu ku tanam dihati
tanda ingatan tak layu dihati
Teman
bagi mu kau umpama kejora tinggi
paling bercahaya
diantara ribuan bintang yang menerangi
diruang persahabatan selama ini
walau dirimu tidak dapat ku perhati
namun ku tahu kau tetap menyinari
dan senantiasa sanjungi
ku berharap kau kan terus berkelipan
di titian perjalanan hidup ini
dahulu hadirmu bukan yang aku ingini
namun kau yang paling sudi mendekati
lantaran terus melekat dihati
sebagai sahabat yang terus ku hormati
kerana kau adalah sahabat yang terbaik
pernah hinggap dihati
walau kini terpaksa menjarak kan diri
Teman
maafkan aku kerna tidak dapat menepati
segala apa yang aku janji
kerna tangan ku seolah terikat dilangit tinggi
kaki ku terpasak ke bumi..
yakinlah apa yang kita ingini
kadangkala tidak dapat direstui
mungkin ada hikmah yang tersembunyi
sedangkan DIA amat mengetahui
sedangkan kita hanya sebagai insan teruji
belum pasti jadi apa yang dihajati..
Teman
Terima kasih atas semua kebaikan yang kau beri
mohon maaf atas segala kesalahan yang ku cipta sendiri
moga dirimu menjadi seorang remaja sejati
yang tidak mudah lupa pada diri
seorang muda yang tidak sia siakan waktu dan hari

seorang dewasa yang berguna serta berjasa
pada ibubapa serta yang disayangi
semoga kau menjadi wanita yang mulia budi pekerti
dan terus taat pada ILAHI
doa dan harapan ku panjatkan pada yang Azali
agar dikau senantiasa dilindungi dan dirahmati
Teman
kuciptakan
puisi khas untuk dirimu ini
bukanlah untuk memuji
tapi ianya adalah realiti
kau adalah sahabat yang sering sudi
menyingahi dihati
merupakan seorang sahabat santun berbudi
yang bijak dan sentiasa berhati hati
dalam berkomunikasi
yang mempunyai daya tarikan tersendiri
keunikan,keikhlasan dan kejujuran mu ini
adalah menjadi kepercayaan dan kesukaan
yang sukar dicari
kau adalah bintang terindah diantara
bintang berseri yang pernah aku perhati
Teman
Puas aku fikiri
puas aku renungi
puas aku desaki
puas aku hindari
Namun bayangan mu jua yang aku temui
kenangan2 dahulu terus menghantui
tapi aku belajar dari apa yang aku pelajari
bahawa waktu
bisa melenyapkan apa yang ada di bumi
kekadang waktu
tak bisa melenyapkan kemesraan
yang terjalin begitu lama antara dua hati
namun pun begitu..
aku belajar mengerti dan menerima realiti
bahwa aturan perjalanan hidup ini
bukanlah yang kita rencanakan
sepertimana yang kita ingini
dengan air mata yang mengalir dipipi
dengan kesedihan terasa dilubuk hati
ku yakini dan ku fahami
bahawa hubungan persahabatan diantara kita
sudahpun berakhir disini
berkemungkinan juga seperti mana yang kau ingini..

TaWa DaN AiR MaTa
IzArIa







SeBuAh CaTaTaN SePi

Percayalah
tidak dinafikan lagi
bahawa disuatu hari nanti
kau terpaksa akan melupakan aku..
Tiada penyesalan
kerana pertemuan dengan mu..
telah menambah kekuatan..
Terima kasih teman
diatas pertemuan..
untuk menandakan
kita pernah ada ikatan..
sesudah aku pergi..
tetap aku kau lupakan..
Terima kasih teman diatas persahabtan
tidak pernah sesekali aku tingalkan
orang yang aku sayang
untuk orang yang aku suka..
kerana orang yang aku suka sudah pasti
akan tingalkan aku
untuk orang yang mereka sayang
tak akan ku cuba
dapatkan apa yang aku suka
kerana aku sayang dengan apa yang
aku dah dapat.

Nukilan+edited+catatan semula
by IzARiA
2doublemind

KeTiKa SaHaBaT MeNyEpI


Dahulu..
aku ditepi pantai
melihat ombak memukul pepasir
merubah pantai..
hari itu..
aku ditepi sungai
melihat air memercik
ditebing landai..
kelmarin..
aku ditepi tasik
melihat cantik
permukaan air disinari cahaya terik..
semalam..
aku ditepi kolam
melihat tenang biasan cahaya bulan
menghiasi malam..
Tapi hari ini..
ditepi laut tiada ombak memukul pantai
ditepi sungai tiada percikan
air di tebing landai
ditepi tasik cuaca mendung hujan rintik
ditengah kolam
suasana kelam tampak berbalam
hari ini
..entah kenapa suasana yang kulalui
tidak seperti hari hari yang ku lewati
sebelum ini..
dahulu..
aku sering ditemani
hari itu aku acap kali disapa
kelmarin aku adalah pilihan diajak bicara
semalam aku senantiasa menjadi taruhan untuk dimesra
tapi hari ini aku dibiarkan sendiri..
ditemani ilusi
dilambai sepi
disapa mimpi
adakah ini hukuman
atas perbuatan yang setimpal ganjaran..?
andai sering aku
menitiskan cuka diruang mata
menabur garam pada sekecil luka..
jeratkan kaki dengan bom jangka
meracuni fikiran dengan racun berbisa
menghiris hati dengan serpihan kaca
maka..
seluas alam ciptaan Yang ESA..
ku persembahkan kemaafan..
agar segenap kesalahan tidak disimpan
dan segera dimaafkan
moga mendapat keampunan..
walau apa jua jawapanya
aku Rheda..!

cetusan rasa
ketika sahabat menyepi

IzARiA
2doubleMind

hanya..

antara kita..
tersimpul rindu...
kasih dan sayang kerana ALLAH...
dia kurniakan cinta antara kita..

waktu itu terus berjalan...
berliku jua kita tempuhi...
memenuhi fitrah alam..
untuk mengukir sebuah senyuman...
senyuman yang hanya berharap keredhaanNya semata..

kasih kita bertaut tanpa sedar...
aku redha segala apa terjadi antara kita...
ku berpaling pada duka itu untuk sebuah kekuatan menghadapi rindu kepada mu...
aku pasrah segalanya...
yang tersurat buat diriku dan dirimu...

(ria_izan)

Monday, January 10, 2011

UtUsAn UnTuK Ku


''Ketika Allah memilihmu untuk ku..
aku menerimanya dengan penuh Rheda..
aku yakini Allah utuskan dirimu untuk ku
bukan sekadar untuk bersuka ria
tapi sebagai perintis jalan untuk berkenal kenal
disamping untuk menghurai 1001 persoalan
yang mungkin memberi ku tandatanya..

Ketika Allah memilihmu untuk ku..
bukan sekadar berkongsi pendapat..
mahupun meluahkan bicara hati..malah demi
untuk memberi kan aku semangat serta ilmu
yang menafaat..mungkin dapat menyelamatkan
masa depanku serta maruah harga diri..
agar tidak terjebak oleh salah laku jua terhindar dari perkara
yang tidak baik buatku..
Anugerah dari Allah untuk ku menapak ke jalan Rheda
terima kasih padaMU ya Allah kerana menemukan
sahabat yang jujur dan baik..
Senag benar bagiku mendengar kata katanya
yang begitu bermotivasi dan berunsur nasihat darinya..
supaya diriku mengikut dan dapat menjana segala yang terbaik
sebagai sumber inspirasi ku.

Ketika Allah utuskan dirimu untuk ku
bukan hanya untuk memberi kasih sayang
sebagai seorang dari sahabat yang penuh keprihatinan..
malah berkemungkinan mempunyai 1001 hikmah
yang terlalu abstrak dan halus untuk direnungkan..

Terima kasih padaMU ya Allah.. kerana menemukan
aku pada seorang insan yang mampu mengambil berat
walau secara jauh..
namun aku merasakan ianya terlalu dekat dan melekat dihati
walau dirinya telah dimiliki..namun aku merasakan atas nama
seorang sahabat tidak salah untuk ku nyatakan..
bahwa aku juga miliknya..selaku salah seorangdari keluarga miliknya..
milik keluarga seorang sahabat yang jauh disisi
namun tetap sudi dan mampu melihat masalah diriku dari dekat..
dengan keikhlasan dan keperihatinan terhadapku
akan ku sentiasa menhulurkan sejambak senyuman yang mampu
membekas dihatinya..

Ketika Allah memilih mu untuk ku..bersyukur ku
kehadratMU Ya Allah atassekalung kurniaan pada ku
ku akui bertapa erti kasih sayang seorang sahabat
adalah lebih bernilai dari kasih sayang seseorang yang bergelar kekasih
yang belum pasti menjanjikan apa apa..
namun pun begitu aku mengerti dan aku akui
Segala yang kau anugerahkan ini adlah pinjaman dariMU
semata mata..dan aku akui jua..
betapa kasih sayang dari insan insan biarpun
setinggi kayangan..seluas lautan tidak akan mampu
menyaingi kasih sayang dariMU yang lebih tinggi nilainya
dari aset aset dunia..kerana CINTA yang diKAU UTUS
adalah IRADAH dariMU untuk tumbuh subur dijiwa insan insan
yang bijak membagi..
''CINTANYA""

Rasa Naluri
doubleMind

IzArIa

Wednesday, January 5, 2011

Antara Cinta Tuhan Dan Cinta Insan

Cinta Buat Insan

Cinta bermula dari mata


Terbina dengan hati

berakhir dengan Air mata..

Tetapi persahabatan..

bermula dari perkenalan..

Dirai dengan senyuman

terbina dengan kefahaman..

dan mungkin berakhir

dengan kematian..

Cinta buat ALLAH

Cinta bermula dari lafaz Syahadah

diungkap dengan lidah

Dipraktik dengan anggota untuk beribadah

dan hanya berakhir dengan berserah

setelah doa ,usaha, ikhtiar dan Tawakal sempurna sudah

sambil menanti hari hari indah sebelum jasad diundang tanah.

cetusan 2 rasa
IzaRia
2DoubleMind

Monday, January 3, 2011

Yang Indah dan Yang Sempurna


''CINTANYA''
Semakin aku berfikir..
semakin aku berzikir..
dan..
semakin aku takut padaNYA..
semakin aku dekat padaNYA..
semakin aku takut pada MahklukNYA..
semakin aku Jauh dariNYA..


'Yang Indah itu sukar dicari Yang sempurna itu susah ditemui.. jadi jagalah dan sayangilah insan yang sentiasa disisi.. Kerana dia adalah kesempurnaan dan keindahan yang tiada ganti..'

'Kita tidak perlu mencari seorang manusia
Yang sempurna untuk menjadi teman..
Cukuplah mempunyai teman
yang menjadikan kita sempurna
bila bersamanya..
Terimalah dia seadanya..
apa yang diharapkan kesempurnaan dia..
andai kita tidak sesempurna mana..
jadilah teman yang saling melengkapi
antara satu sama lain..
itulah sebenar benarnya
keindahan dan kesempurnaan yang dicari '

cetusan dua hati
IzARiA

2doublemind