Sunday, December 16, 2012

Sahabat yang baik

Wahai sahabat
Pesan berpesanlah
sesama kita
sekiranya engkau perlu
pilihlah sahabat sahabat yang...

  • Jika engkau berbakti kepadanya,dia akan melindungi kamu
  • jika engkau rapatkan persahabatan denganya..dia akan membalas balik persahabatan kamu
  • jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya,dia akan membantu kamu
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya,dia menerim anya dengan baik
  • jika mendapat sesuatu kebajikan daripada kamu (bantuan)daripada kamu,dia akan menghargai.. atau menyebut kebaikan kamu...
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu,dia akan menutupinya
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya...,dia akan mengusahakanya
  • Jika kamu berdiam diri (kerana malu hendak meminta ,dia akan menanyakan kamu
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa diri kamu ,dia akan meringankan kesusahan kamu
  • jika berdua berselisih faham,nescaya dia lebih senang mengalah demi untuk menjaga kepentingan persahabatan
  • dia senantiasa membantu kamu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara yang buruk
  • dia senantiasa mendorong kamu untuk mencapai kejayaan di dunia dan Akhirat
 Sebagai insan kita harus berhati hati dengan sahabat kerana sahabat kita boleh bahagia..kerana sahabat jg boleh menjahanamkan kita seperti...
  • sahabat yang tamak ,memberi sedikit meminta yang banyak
  • sahabt yang hipokrit..dia berusaha mendapatkan simpati dengan kata kata yg kosong,jika ada kesempatan membantu dia tidak sanggup
  • sahabt yang mengampu mereka setuju dengan apa yg kamu lakukan tidak kira betul atau salah,dia bersetuju dengan hal yang dia tidak berani menjelaskan kebenaran..didepan dia memuji..di belakang dia merendahkan diri atau mengkhianati amanah kamu
  • sahabat yang boros dan suka berhibur
Terbitan semula
 IzARiA
2012