Wednesday, July 20, 2011

Sajak Buat anak


Anak ku
Usahlah kau menyesal
jika kau gagal menemukan rentak kejayaan..
dalam meraih impian impian
yang kau sasarkan..
keinginan mu dalam menanti kasih dan sayang
dari seseorang..
yang kau dambakan..
tidak akan pernah terhenti..
kerana kau adalah Khalifah
yang dicipta penuh dengan naluri
kemahuan...
ini adalah anugerah dariNYA..
Anak ku
Usahlah lekas mengeluh
andai kau tidak berapa bagus
didalam pelajaran..
Ianya..tidak akan pernah ternokhtah
selagi hembusan nafas
masih kau miliki..
kesabaran dalam menanti
sesuatu yang kau impikan
pasti akan menjadi milik mu
jika iringi dengan usaha..
serta doa yang tiada pernah terhenti..
adalah satu nikmat
jika dapat kau kecapi apa yang kau pinta
DariNYA dimakbulkan
anak ku..
Usahlah kau lekas menyesal
kerana tidak mendapat cinta Insan..
serta masih belum mendapat apa jua
yang diimpikan dalam pelajaran
mahupun kehidupan..
sebaliknya menyesallilah andai kau masih belum mendapat
Cinta ,Rahmat dan kasih sayang dari TUHAN..
yang dapat menjamin
masa hadapan dan kehidupan dunia dan Akhirat..
usah difikir bagaimana permulaan
kehidupan kita..
tp banyakan berfikir
bagaiman akhiran kehidupan kita nanti..
anak ku
kau adalah anak ku

aku lebih mengenali
segala sikap tingkah laku mu..
segala apa yang kau ingini..
segala batas batas pergaulan yang
yang kau jalani..pasti tidak
akan menjeratkan diri sendiri
jua tidak akan mencalar maruah harga diri
kerana kau adalah muslimah bermaruah
yang senantiasa tahu diri
seperti mana yang aku ketahui..
Doa dan harapan
senantiasa akan ku beri
agar segala yang kau impi
akan terus dinikmati
walau tidak pada hari ini..
suatu hari pasti di anugerahi
dari DIA yang bernama ILAHI..



Nukilan IzaRia

No comments: