Thursday, August 4, 2011

Cinta Yang tidak menghampakan





Salam,
....Cinta...

kelihatan cinta seperti 1 cahaya yang datang..,membahagiakan hti,menyejukan jiwa ,tetapi ada juga cinta yang tidak kesampaian..iaitu apabila kita mencintai seseorang yang tidak pernah mencintai kita..,ini adalah luahan hati seorang insan yang bernama F

..saya juga pernah bercinta sekali..pada mulanya terasa bagaikan sudah mengengam bintang kebahagiaan..,langit terasa cerah tidak pernah mendung,angin seolah olah menyapa lembut..menyatakan inilah CINTA yang dicari,tetapi kemudian bintang mula gugur,langit pula menitiskan air mata..,matahari mula malap..,angin berhenti menghembus..,ketika CINTA tidak diizinkan ALLAH...Dia mengkhianati saya ketika hati saya tulus ikhlas padanya..hati terasa bagaikan dicarik carik.. .
Akhirnya saya mampu kembali berdiri..,kalau tak ingat ALLAH yang memberikan saya cahaya,kekuatan hati,menghapuskan resah duka,nestapa ,kesakitan ,kesengsaraan,derita dan kesedihan,saya mungkin tidak dapat tersenyum seperti hari ini..,Akhirnya saya dapat menyimpulkan ..Cintailah ALLAH sebelum kamu mencintai hamba-nya,Janganlah bersedih jika kamu dikhianati,janganlah bersedih ketika kamu dibohongi,janganlah bersedih ketika kamu dilukai..kerana masih ada cINTA yang kekal abadi,cINTA yang tak pernah menghampakanmu..juga tidak akan mengkhianati..iaitu CINTA pada ILLAHI..
Janganlah kamu bercinta semata mata kerana nafsu..kerana ia tidak akan kekal lama.percayalah kepada jiwa yang pernah dilukai...usahlah bersedih kerana qada telah ditetapkan ,sesuatu yang ditakdirkan telah terjadai...seharusnya kita perlu Rheda...demikianlah secara ringkas penerangan dari insan bernama F,segala luahan yg penuh dengan intipati pengajaran yang boleh dikongsi terutama bagi insan yang pernah mengalaminya, moga kita merasai apa ingin disampaikan olehnya yang mengingatkan kita bahawa CINTA ALLAH itu adalah paling utama dalam kehidupan.
Bercinta bukan sekadar berserseronok
bagi yang asyik dilamun cinta ..ungkapan sesuai bagi mengambarkan keadaan pasangan adalah 'berkorban apa saja' mereka sanggup melakukan apa saja demi cinta sehingga maruah dan kehormatan diri tergadai..justeru islam sangat mengambil berat persoalan ini kerana jika tidak diurus secara baik nescaya akan mengundang perbuatan zina.
Cinta sejati dan hakiki hanya untuk ALLAH dengan taat melaksanakan segala perintah dan meningalkan laranganya begitu jua cinta kepada RASUL yang wajib didahulukan daripada cinta kepada makhluk sebagai syarat untuk mendapat syafaat kubra di akhirat kelak..perkara ini telah ditegaskan Rasulullah dalam sebuah hadis..''didiklah anak anak kamu cinta kepada 3 perkara..,cinta kepada Rasul,cinta kepada keluarga Rasul dan cinta kepada AL qur'an..segala perlakuan mesti dimulakan dengan niat ikhlas semata mata kerana ALLAH...maka begitu pula apabila ingin bercinta dan berkasih sayang semata mata kerana ALLAH sebagai ikhtiar untuk mendapatkan pasangan yang secocok dan berakhir dengan ikatan perkahwinan..jika ditakdirkan perpisahan ,perpisahan itu juga adalah kehendak ALLAH supaya pasangan Rheda akan takdir illahi bahwa tiada jodoh antara mereka dan menerimanya dengan hati yang terbuka.
Bercinta bukan tiket menghalalkan apa saja
setiap pasangan harus menjaga batas pergaulan samada secara berhadapan mahupun dalam dunia maya ,elakan bersikap memandang remeh terhadap perbuatan berdua2an dan saling berpegangan tangan kerana ia mengundang dosa dalam keasyikan tanpa sedar kita..tujuan bercinta bukan sekadar berseronok dan selama lamanya..ia hanya perintis jalan untuk berkenal kenalan sebelum melangsungkan pernikahan yang disyariatkan.

No comments: