Monday, January 10, 2011

UtUsAn UnTuK Ku


''Ketika Allah memilihmu untuk ku..
aku menerimanya dengan penuh Rheda..
aku yakini Allah utuskan dirimu untuk ku
bukan sekadar untuk bersuka ria
tapi sebagai perintis jalan untuk berkenal kenal
disamping untuk menghurai 1001 persoalan
yang mungkin memberi ku tandatanya..

Ketika Allah memilihmu untuk ku..
bukan sekadar berkongsi pendapat..
mahupun meluahkan bicara hati..malah demi
untuk memberi kan aku semangat serta ilmu
yang menafaat..mungkin dapat menyelamatkan
masa depanku serta maruah harga diri..
agar tidak terjebak oleh salah laku jua terhindar dari perkara
yang tidak baik buatku..
Anugerah dari Allah untuk ku menapak ke jalan Rheda
terima kasih padaMU ya Allah kerana menemukan
sahabat yang jujur dan baik..
Senag benar bagiku mendengar kata katanya
yang begitu bermotivasi dan berunsur nasihat darinya..
supaya diriku mengikut dan dapat menjana segala yang terbaik
sebagai sumber inspirasi ku.

Ketika Allah utuskan dirimu untuk ku
bukan hanya untuk memberi kasih sayang
sebagai seorang dari sahabat yang penuh keprihatinan..
malah berkemungkinan mempunyai 1001 hikmah
yang terlalu abstrak dan halus untuk direnungkan..

Terima kasih padaMU ya Allah.. kerana menemukan
aku pada seorang insan yang mampu mengambil berat
walau secara jauh..
namun aku merasakan ianya terlalu dekat dan melekat dihati
walau dirinya telah dimiliki..namun aku merasakan atas nama
seorang sahabat tidak salah untuk ku nyatakan..
bahwa aku juga miliknya..selaku salah seorangdari keluarga miliknya..
milik keluarga seorang sahabat yang jauh disisi
namun tetap sudi dan mampu melihat masalah diriku dari dekat..
dengan keikhlasan dan keperihatinan terhadapku
akan ku sentiasa menhulurkan sejambak senyuman yang mampu
membekas dihatinya..

Ketika Allah memilih mu untuk ku..bersyukur ku
kehadratMU Ya Allah atassekalung kurniaan pada ku
ku akui bertapa erti kasih sayang seorang sahabat
adalah lebih bernilai dari kasih sayang seseorang yang bergelar kekasih
yang belum pasti menjanjikan apa apa..
namun pun begitu aku mengerti dan aku akui
Segala yang kau anugerahkan ini adlah pinjaman dariMU
semata mata..dan aku akui jua..
betapa kasih sayang dari insan insan biarpun
setinggi kayangan..seluas lautan tidak akan mampu
menyaingi kasih sayang dariMU yang lebih tinggi nilainya
dari aset aset dunia..kerana CINTA yang diKAU UTUS
adalah IRADAH dariMU untuk tumbuh subur dijiwa insan insan
yang bijak membagi..
''CINTANYA""

Rasa Naluri
doubleMind

IzArIa

No comments: